Cara Praktikal Buang Sifat Malas

by on June 6, 2017

Post image for Cara Praktikal Buang Sifat Malas

Kalau tak pandai, boleh belajar. Kalau tak mahir, boleh berlatih. Kalau tak tahu, boleh bertanya. Asalkan ada kemahuan, setiap kita boleh jadi pandai dan berjaya. Ibarat belakang parang kalau diasah pun boleh tajam. Inikan pula kita manusia yang boleh belajar dan boleh diajar.

Cuma kekadang keinginan untuk berjaya tu memang ada, tetapi sifat “malas” berusaha terlalu kuat. Dan itulah yang menghalang ramai untuk maju sebagaimana yang saya pernah alami dulu. Nak berjaya, tapi malas berusaha. Jadi apa yang saya buat dulu ialah banyak berdoa minta Allah buangkan sifat malas tu melalui doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. (dalam bacaan ma’thurat).

doa menghindari dan buang sifat malasDoa ini saya baca hampir setiap hari sepanjang bermotosikal ke tempat kerja. Waktu itu, sudah jadi rutin saya bila lalu sahaja Tol Sg. Buloh, automatik saya akan mula baca ma’thurat (yang saya hafal) hinggalah habis bila nak sampai di pejabat saya di Damansara Heights.

Doa Spiritual Buang Sifat Malas

Bacaan doa setiap hari itu, akhirnya masuk dalam sub-concius mind saya hingga sifat malas tu makin lama makin berkurangan. MasyaAllah, cantik perancangan Allah s.w.t. Sifat malas tu sebenar bukan hilang macam “magic”, tetapi Allah pertemukan saya dengan ramai orang berjaya dan rajin berusaha. Maksudnya, bila saya masuk ke dalam kelompok orang yang rajin, maka saya juga terdorong untuk jadi rajin seperti mereka, alhamdulillah.

Sebenarnya apa yang kita lafazkan dalam doa, itu adalah “doa spiritual”. Doa spiritual itu tak cukup sekadar itu untuk Allah makbulkan, tetapi kita mesti buktikan kepada Allah yang kita mahu doa itu dimakbul dengan cara “doa praktikal” iaitu berusaha. Nabi s.a.w yang Allah s.w.t sayang pun perlu berusaha untuk Allah s.w.t makbulkan doa baginda, inikan pula kita orang biasa.

Doa Praktikal Buang Sifat Malas

Jadi doa praktikal yang saya amalkan untuk buang sifat malas, antaranya ialah:

#1 – Bergaul Dengan Orang Rajin

Dengan siapa kita bergaul adalah salah satu faktor besar yang menentukan sejauh mana pencapaian kita pada masa akan datang. Jadi ketika saya amalkan “doa buang sifat malas” tu, Allah hantar kawan rapat saya dipejabat yang selalu ajak saya hadir ke perjumpaan-perjumpaan bisnes.

Dari rally-rally bisnes, saya banyak ikuti kisah-kisah kejayaan orang lain hingga saya sendiri terinspirasi untuk berjaya seperti mereka. Dalam bisnes itu jugalah, saya dapat ramai kenalan baru yang positif dan juga mentor yang mendorong saya turut sama rajin seperti mereka. Alhamdulillah.

Bukan sahaja bisnes sebenarnya. Apa sahaja pun kita kena ada kawan untuk berjaya. Berkawan dengan “geng masjid”, automatik kita pun akan rajin pergi masjid. Berkawan dengan “kaki makan”, nanti kita pun banyak makan macam dia juga! Haha… ☺

#2 – Menetapkan Impian Besar

Bila melihat orang berjaya, saya juga mahu berjaya seperti mereka. Jadi, saya mula belajar apa yang dimaksudkan dengan “impian hidup”. Maka saya juga ada impian hidup sendiri.

Impian bukan angan-angan. “Impian hidup” itu saya tulis dan tampal di tempat yang saya selalu lihat untuk ingatkan diri saya tentang impian besar saya itu. Saya tampal impian dan matlamat saya di meja kerja (pejabat), dalam bilik tidur, dalam tandas bilik tidur, dan di dinding rumah saya!

Dinding rumah saya dulu penuh dengan poster. Saya tampal impian, matlamat, dan kata-kata motivasi supaya saya sentiasa positif dan rajin. Bila mentor dan rakan bisnes datang ke rumah, mereka terkejut, mereka tanya “ini rumah atau business center?”. ☺

#3 – Meletakkan Komitmen & Jadual Kerja

Ada “impian hidup” sendiri tu satu perkara, tetapi impian itu tak akan ke mana-mana sehinggalah kita ambil tindakan dan berusaha! Kalau di tempat kerja, kita ada bos yang mengarah kita buat itu, buat ini. Suka atau tak suka, kita tetap akan buat kerja (berusaha). Tetapi untuk kejayaan peribadi, kita tak ada bos sebab kita adalah bos, dan kita juga adalah pekerja! Maka inilah cabaran besar kebanyakkan orang.

Walaupun ada impian yang besar, tetapi mereka ada masalah “disiplin kerja”. Buat kerja tanpa komitmen. Bila rasa nak buat, dia buat. Bila malas, maka dia tak buat! Maka disinilah kita perlukan “jadual kerja” sendiri, bahkan lebih baik kalau ada mentor (atau guru) yang memantau kemajuan kita!

Rajin Bukan Kerana Bos

Alhamdulillah, hari ini, saya bekerja sendiri. Saya tak ada bos, dan saya tak ada pekerja. Sayalah bos, dan saya jugalah pekerja. Saya boleh buat apa sahaja yang saya suka pada bila-bila masa tanpa siapa yang halang. Saya boleh tidur bila-bila masa kita saya mahu. Bahkan kalau nak tidur 30 hari sebulan pun tak ada masalah. Ia langsung tak menjejaskan pendapatan saya.

Maksudnya, saya ada pilihan untuk malas bekerja. Tetapi saya pilih untuk rajin.

Maka untuk disiplinkan diri, saya adakan jadual kerja saya sendiri sebagai “guidelines”. Dan yang penting juga, saya ada mentor yang ‘memaksa’ saya supaya lebih rajin yang mana akhirnya, kejayaan yang saya dapat nanti adalah milik saya 100%!

Saya Ada 25 Jam Sehari

Alhamdulillah, keempat-empat faktor ini (doa, pergaulan, impian dan jadual kerja) membuatkan saya jauh lebih rajin berbanding 13 tahun yang lalu. Bahkan saya boleh katakan saya lebih rajin berbanding waktu saya masih sebagai “pekerja” dahulu.

Dulu bekerja hanya 8 jam sehari, tetapi hari ini saya bekerja mungkin lebih 15 jam sehari untuk 7 hari seminggu! Saya bekerja bukan sebab ada bos (sebab saya memang tak ada bos sekarang), tetapi sebab saya suka dengan apa yang saya usahakan sekarang.

Saya rasa tak cukup masa sekarang. Setiap masa sangat berharga untuk dibazirkan pada perkara yang tak bermanfaat untuk masa depan saya. Saya nak jadi rajin macam Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, iaitu penulis buku “Saya Ada 25 Jam Sehari” yang juga Penasihat Shariah Public Gold. Daripada tulisan beliau itulah baru saya faham kenapa Allah beritahu dalam Al-Quran, “Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian” (Surah Al-Asr 103 : 1 -2)

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada dukacita dan rasa sedih. Aku berlindung denganMu daripada sifat lemah dan malas…

Zulkifli
Damansara Damai
6 Jun 2017
12 Ramadhan 1438H

[Kredit foto: brainhac]

{ 14 comments… read them below or add one }

1 Mohamad Hafiz June 6, 2017 at 4:18 pm

Alhamdulillah. Tips yang sangat bermanfaat😃

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie June 6, 2017 at 4:24 pm

Alhamdulillah.

Reply

3 Muhammad June 6, 2017 at 6:26 pm

Assalam, Tuan boleh tak saya tanya pendapat sikit? Pernah dengar tak kalau ada orang selesaikan hutang PTPTN sekaligus, sebagai contoh RM15k dengan sekali bayaran, kemudian dia dikejar dengar LHDN/income tax. Apa pendapat Tuan?
Terima kasih.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie June 6, 2017 at 8:32 pm

Wslm En. Muhammad,

Tak ada dengar lagi.

LHDN cuma kejar orang yang tak bayar income tax. Orang yang bayar income tax tak ada masalah.

Reply

5 azrinros June 6, 2017 at 10:11 pm

Terima kasih perkongsian tips ini. Moga dapat ubah attitude supaya lebih positif.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie June 7, 2017 at 12:03 am

Sama-sama En. Azrinros.

Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.

Reply

7 Nana Yusoff June 9, 2017 at 7:39 am

Alhamdulillah..Encik Zul kembali menulis di blog.
Sungguh bermanfaat buat saya. Terima kasih.

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie June 9, 2017 at 10:41 pm

Alhamdulillah. Terima kasih berziarah ke blog saya.

Reply

9 skyfun June 10, 2017 at 4:06 pm

salam,
sy ingin menambah sedikit.cari sebab kenapa kita malas?
jika kita tahu puncanya Inshallah kita dapat penawarnya.
dahulu sy selalu malas untuk bekerja kerana kekurangan masa untuk melayan hobi.
bila bekerja sendiri sy ambik hobi tersebut masuk kedlm masa bekerja sy.
so tiada istilah ‘cuti kerana meluangkan masa untuk hobi’ atau lambat kerana ‘semalaman melayan hobi’…
percayalah ianya sgt mengembirakan.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie June 10, 2017 at 5:18 pm

Wslm.

Alhamdulillah. Terima kasih. Tip yang sangat bermanfaat.

Reply

11 rohaizah khamis June 12, 2017 at 4:26 pm

Dengan PG bukan sekadar dapat emas ! rupanya dapat banyak ilmu daripada Encik Zul , mentor yang benar ikhlas nak semua orang berjaya dan ada masa 25jam sehari .

kalau beli emas jenama lain..hanya dapat emas , tidak dapat ilmu lebih lagi !

tahniah Encik Zul. Moga Allah sentiasa memberkati usaha dan kehidupan Encik sekeluarga.

Amin.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie June 12, 2017 at 9:45 pm

Alhamdulillah.

Terima kasih atas doa tersebut. Saya doakan Allah berkati usaha Pn Rohaizah juga. Amiin ya Allah.

Reply

13 Syarif Jamil (SJ) July 27, 2017 at 2:47 pm

Apabila kita nak jadi hebat.. kita mesti cari somebody untuk kita contohi.. mcm Tn Zul contohi Ustaz Daud bakar.. Saya pula skrg tngah contohi Tn Zul.. Insya Allah.. Success is predictable kan :)

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie July 27, 2017 at 7:38 pm

InsyaAllah.

Betul. Success is predictabe! :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: