MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

5 Rahsia Pelabur Emas Yang Sentiasa Senyum

“Alamak!!!… Dah lock harga (place order) tadi, tapi harga turun lagi…. Nak buat macam mana ni???”

Antara reaksi biasanya orang yang baru PERTAMA KALI BELI EMAS. Ikutkan pengalaman saya selama hampir 3 tahun jadi dealer emas, saya belum pernah jumpa orang yang lepas beli, harga terus naik, naik, naik dan tak turun-turun dah lepas tu. Naik dan turun tu normal. Kalau harga naik tapi tak turun-turun, itu tak normal. Kalau turun dan tak naik-naik tu pun tak normal. Ia cuma persoalan masa. Ada masa dia naik, ada masa dia turun. Ada masa dia naik sampai 35% setahun, ada tahun cuma naik 7% dan ada juga turun sebanyak 27% setahun. Tapi bagi sesiapa menyimpan emas sebagai WEALTH PROTECTION seperti saya, dia tak kisah harga naik turun.

Ada duit lebih, saya beli emas. Harga naik, saya senyum sebab nilai kekayaan meningkat. Harga turun pun saya senyum sebab ini peluang untuk beli lagi pada harga rendah. Apa pun keadaan, jadilah pelabur emas yang sentiasa senyummm… (“,). Untuk jadi pelabur yang sentiasa senyum, ini saya kongsikan 5 rahsianya:

Rahsia #1 – Asingkan Duit Kecemasan, Simpan Emas Jangka Panjang

Sebelum beli emas, asingkan dulu duit simpan kecemasan. Terbaiknya simpan (3) bulan pendapatan. Kalau berlaku kecemasan, anda tak perlu jual emas-emas tu tapi gunakan duit kecemasan jer. Saya beli emas dengan duit lebihan untuk simpanan jangka panjang. Pendek kata, saya memang tak pakai duit tu untuk tempoh at least setahun.

Saya tak galakkan orang beli emas dengan duit kecemasan, duit yang nak digunakan dalam masa setahun. Kalau harga emas turun mendadak boleh mengganggu tidur yang lena, maksudnya duit tu tak sesuai beli emas. Lebih baik simpan dalam Tabung Haji jer…

Rahsia #2 – Beli Emas Dengan Duit Lebihan, Bukan Pinjaman

Beli emas dengan duit lebihan, bukan duit pinjaman. Tak kiralah samada duit pinjaman bank ataupun duit family. Saya beli emas guna duit hasil bisnes sendiri, duit simpanan gaji bulanan dan duit bonus tahunan. Saya tak buat loan beli emas sebab matlamat saya, “plenty of money, peace of mind”.

“Pelaburan” pada hakikatnya ialah untuk orang yang ada duit lebih. Kalau tak ada duit lebih, lebih baik berniaga berbanding melabur. Daripada duit tu dimakan inflasi, lebih baik beli emas yang kalis inflasi. Saya memang tak galakkan orang beli emas dengan duit pinjaman KECUALI hanya itulah cara dia disiplinkan diri untuk menyimpan. Memang ramai saya jumpa orang yang tak boleh pegang duit, dan tak boleh menyimpan secara berdisplin. Kalau ada duit, mesti cepat habis. Daripada duit habis macam tu, mungkin buat pinjaman (bank) dan beli emas dapat bantu dia menyimpan secara berdisiplin setiap bulan.

Rahsia #3 – Beli Untuk “Wealth Protection”, Bukan Spekulasi

Saya beli emas untuk wealth protection (pelindung kekayaan). Protect duit dari ‘dicuri’ (dibelanjakan) diri sendiri, protect dari inflasi, dan paling menakutkan, protect dari keruntuhan sistem matawang! Emas adalah penyimpan nilai paling ampuh dalam sejarah manusia daripada sebarang keadaan ekonomi sepanjang zaman. Duit kertas yang kita simpan sangat berisiko. Tengoklah ketika Ringgit Malaysia merudum tahun 1997 oleh ‘penyangak’ matawang bernama George Soros. Duit Malaysia jatuh tergolek daripada RM2.50 untuk USD1, kepada RM3.80 untuk USD1. Bahkan pernah jatuh sehingga RM4.70 untuk USD1 pada 7 Januari 1998. Nilai duit kertas jatuh 52% hanya dalam tempoh yang singkat! Kalau sebelum gawat kita beli barang import RM25,000, lepas gawat kita terpaksa bayar RM38,000 untuk barang yang sama disebabkan kejatuhan nilai matawang ringgit. Terpaksa top-up RM13,000 (52%)!

Dan tengoklah apa berlaku kepada negara-negara yang huru-hara, peperangan, dan hilang kestabilan ekonomi. Apa berlaku kepada duit kertas pada zaman Jepun menjajah Tanah Melayu dulu. Siapa sanggup terima DUIT KERTAS yang dipanggil “duit pisang” lepas kekalahan Jepun? Ia cuma kertas yang hanya layak dijadikan “wallpaper” kata Sheikh Imran Hosein. Mungkin datuk dan nenek kita faham benar situasi ini. Dan siapa jamin negara kita akan sentiasa stabil sepanjang masa? Kalau ia berlaku, segala kekayaan yang kita usahakan akan kembali kepada “kosong”! (Youtube: Risiko Tak Menyimpan Emas – Sheikh Imran Hosein)

pelaburan emas public gold

Untuk wealth protection, matlamat saya memperbanyakkan keping (gram) emas yang saya ada. Bukan sekadar “buy low, sell high”. Kalau tahun ni ada 50 keping dinar, tahun depan saya akan tambahkan jadi 60 keping. Itulah cara saya.

Rahsia #4 – Pantau Harga Bila Perlu Sahaja

Anda tak perlu pantau harga emas tiap-tiap hari, apatah lagi sejam sekali! Bila harga naik, rasa happy. Bila turun, rasa terkilan. Jangan bazirkan emosi dengan turun naik harga emas. Pantau harga emas memang boleh mengganggu emosi, dan sungguh memenatkan. Nasihat saya, lepas beli, tak payah tengok dah harga. Cek harga emas hanya bila (1) nak jual, atau (2) nak beli lagi. Itu jer. Kalau nak compare harga, compare dengan harga setahun dari tarikh anda beli, bukan compare tiap-tiap hari. Jangan bazirkan emosi… (“,)

Rahsia #5 – Melabur Sambil Berniaga Emas

Bagi sesiapa beli emas Public Gold RM30,000 dalam satu resit, anda layak jadi dealer secara automatik. Saya jadi dealer sebab beli emas, bukan beli emas sebab nak jadi dealer (untuk berniaga emas). Tapi alang-alang jadi dealer, saya ambil tanggungjawab untuk pandaikan orang ramai tentang emas melalui BLOG dan FACEBOOK. Saya perhati, ramai orang buat kesilapan yang tak sepatutnya dalam pelaburan emas sebab (1) melabur tanpa ilmu, ataupun (2) ‘termakan’ kata-kata penjual emas yang tak bertanggungjawab. Sebagai orang yang Allah bagi ilmu tentang emas, saya perlu bantu orang ramai melabur dalam emas cara yang tepat, selamat dan menguntungkan, insyaAllah.

pelaburan emas public gold mohdzulkifli

Bisnes emas ni boleh buat secara sambilan jer. Orang lain buka facebook untuk cek status (wall post) orang lain, kita juga guna facebook, tapi untuk bagi tips-tips mudah tentang emas. Orang lain spent masa tengok TV, kita tukarkan masa TV untuk terus belajar dan berkongsi ilmu tentang emas dan kewangan. Tapi bila orang lain risau turun naik harga emas, insyaAllah, kita sentiasa senyum sepanjang masa. Harga emas naik, kita senyum sebab kekayaan meningkat. Harga emas turun, kita senyum sebab komisyen melambung hasil membantu orang lain membeli emas pada harga rendah. Dan apa kata gunakan duit komisyen untuk beli emas lagi, insyaAllah. Apapun keadaan harga emas, penyimpan sambil berniaga emas sentiasa berada pada posisi “senyum dan happy”, insyaAllah…

Itulah lima (5) rahsia untuk jadi pelabur emas yang sentiasa senyum dan happy. Kalau anda masih risau  turun naik harga emas, mungkin boleh semak balik 5 tips ni. Mudah-mudahan anda juga jadi pelabur emas yang sentiasa senyum, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
19 Mei 2013
9 Rejab 1434

[Artikel ini dikemaskini pada 9 Mac 2015]

(Kredit foto : dreamstime)

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • sye baru nak berjinak2 dgn emas. If sye nak beli dinar pg secara walk in hari ini, apa langkah yg perlu sye buat semasa berada di sana?

    • Alhamdulillah, tahniah tuan. Masa yang baik untuk bermula.

      Saya syorkan beli item yang spread (susut nilai) paling rendah. Nanti nak place order, bagi nama dan kod dealer saya supaya mudah saya follow-up bagi pihak tuan sekiranya perlu. Mohd Zulkifli b. Shafie, PG002369

      Kalau ada apa-apa boleh contact saya, 019-336 8009 (Zul).

    • Item spread paling rendah mengikut turutan:

      Gold bar 500g – 4.5%
      Gold bar 250g – 4.5%

      Gold bar 100g – 5.0%
      Coin 10 dinar – 5.0%
      Gold bar 50g – 5.5%
      Coin 5 dinar – 5.5%

      Gold bar 20g – 6.0%
      Coin 2 dinar – 6.0%
      Coin 1 dinar – 6.0%
      Gold bar 10g – 8.0%

      Pilih item paling rendah spread yang sesuai dengan bajet tuan.

  • Ok tq… Nak tanya pendapat en zul, Hari ni, harga emas turun lagi, agak2 nya, next week harga akan mula naik @ makin turun @ statik?

    • Ikut pada prediction, harga akan turun lagi. Tapi saya cuma pegang 50% jer kalau ada apa-apa prediction sebab banyak juga yang tersasar. Contohnya, penurunan harga sekarang ni adalah di luar prediction mana-mana analyst. Tak siapa sangka harga emas turun ke paras terendah dalam tempoh 3 tahun.

      Pendirian saya, bila harga tu saya rasa dah ok, saya beli jer. Saya dah mula beli lagi masa harga 1 dinar turun ke RM600 Jumaat (17.5.2013) lepas.

      Wallahu a’lam.

  • Emas KFH ketulinannya 995%…harga pun lebih rendah dr pg… Nak Tanya pd en.zul, emas kfh x laku ke kalau kita jual balik kpd selain bank kfh…?kalau pajak emas kfh pd ar rahnu, boleh ke?

    • Emas KFH paling baik jual balik pada KFH sebab kalau jual di luar, kedai emas akan beli pada harga used gold dengan spread (susut nilai) sekitar 25%. Apa-apa emas pun macam tu. Kena jual balik tempat di mana kita beli.

      Emas KFH tak sesuai dipajak, sebab KFH tak terima emas tu bila seal dibuka. Bila nak pajak, seal kena buka. Bila dah buka, maka susut nilainya 25% bila jual ke kedai emas.

      Wallahu a’lam.

    • Untuk buat belian, Pn. Ila boleh contact saya. Saya akan place order (lock price) untuk puan. Nanti PG akan emailkan Sales Order. Buat bayaran terus ke akaun PG (maybank). Lepas bayar, emas tu boleh collect bila-bila masa dalam tempoh 2 bulan tanpa sebarang caj.

      Untuk place order, Pn. Ila bagi saya maklumat berikut:
      (1) Nama penuh
      (2) No. ic
      (3) Email
      (4) No telefon
      (5) Item yang nak dibeli
      (6) Tinggal / kerja area mana utk saya kenalpasti cawangan PG terdekat utk collect emas.

      Contact saya 019-3368009 (Zul). InsyaAllah saya boleh bantu bermula dengan betul.

    • Untuk orang baru, saya syorkan beli emas dulu. Kalau ada duit lebihan, baru beli silver. Saya beli 70% emas, 30% silver. Sebabnya:

      1. Harga – ia lebih volatile daripada emas. Bila harga emas naik, dia naik 2, 3 kali ganda. Bila turun pun dia turun 2, 3 kali ganda. Bila dia turun, boleh luruh jantung tengok harga silver.

      2. Kecairan – kecairan dia lebih rendah berbanding emas. Kalau emas kita senang jual kat mana-mana kedai emas seluruh dunia, tapi silver hanya pembeli tertentu sahaja. Kalau nak jual silver di Malaysia, yang terbaik setakat ni ialah Public Gold dan Nubex (nubex.com.my).

      Wallahu a’lam.

  • saya nak Tanya en Zul. duit simpanan kecemamsan 3 bulan gaji tu sepatutnya disimpan dimana? adakah ok jika kita sekadar simpan dalam simpanan akaun biasa di mana mana bank? atau bagus tak jika kita simpan di ASB/ ASN? atau kita simpan dalam bentuk fix deposit? Setahu saya maksud duit simpanan kecemasan adalah duit yang kita boleh keluarkan bila bila masa masa terdesak.

    • Duit kecemasan tu saya simpan dalam Tabung Haji dan saya TAK buat link akaun dengan Bank Islam (ATM) supaya susah sikit buat pengeluaran. Duit SIMPANAN kecemasan berbeza dengan petty cash. PETTY CASH tu untuk bajet bulanan saya letak akaun simpanan biasa jer, ada ATM Card. Boleh dikeluarkan 24 jam sehari. Wallahu a’lam.

  • salam en zul saya fauzi…nak tanya kalau nak beli silver boleh lockin price degan en zul ker dan saya nak tahu berapa nilai susut jualan.

  • assalam..

    sy tak tahu langsung psl emas..tp berminat untuk buat investment…..sy nak tnya mana lebih baik beli emas perhiasan atau gold bar..?

    • Wslm tuan,

      Kalau beli untuk simpanan, kena beli emas yang dikeluarkan khas untuk simpanan samada berbentuk gold bar, syiling emas ataupun dinar. Susut nilai (spread) jauh lebih rendah berbanding emas perhiasan. Nanti nak jual emas tu, tuan akan dapat harga yang lebih baik berbanding barang kemas perhiasan.

      Wallahu a’lam.

  • Salam, saya baru beli 10 Dinar Emas PG sebanyak 1 keping, dengan harga emas sekarang ni, adakah elok kalau saya pajak dinar tersebut untuk membeli sekeping lagi 10 Dinar atau 5 Dinar?

    • Wslm En. Azzaat,

      Keadaan emas sekarang memang rendah, tapi agak tak mementu. Saya syorkan beli dan simpan je buat masa ni. Kalau ada duit lebih lagi, tambahkan lagi simpanan ketika harga di paras terendah dalam tempoh 3 tahun ni.

      Wallahu a’lam.

  • Salam. Saya x faham tentang pelaburan emas ni. But, saya very interested in buying gold. Saya x pham apa itu susut nilai and saya x tau how or where to cek sama ada harga emas naik atau jatuh. Secara online kte nk cek mcm mana? Bole explain in detail. Klau ada duit lebihan, lebih elok kte invest on gold or bli tanah sbg aset. Apa pndpt en zul?

    • Wslm,

      Soalan tuan agak general. Nanti contact saya 019-336 8009 (call / sms / whatsapp) untuk consult tentang emas. Saya perlu fahami situasi keweangan tuan untuk tunjukkan jalan terbaik mengikut situasi tuan, insyaAllah.

  • Assalamualaikum Ustaz Zul,

    Saya nk belajar melabur emas laa.. Ada buat kursus ke ape..?? tak pun jmpa minum2 sambil minum2 air.. buleh dop..?

    • Wslm,

      Semua item Public Gold untuk belian luar Penang ada “transportation cost”. Transportion cost tu BUKAN caj penghantaran sampai ke tangan customer, tapi itu caj penghantaran daripada HQ Penang ke branch seluruh Malaysia. Istilah mudahnya, “caj belian luar Penang”.

      Untuk cek senarai “transportation cost” tu, tuan boleh ke web PG. Cek bahagian “About Us” > “How To Buy”.

      Untuk KOS PENGHANTARAN hingga sampai ke tangan pembeli, itu terpulang kepada budi bicara dealer tersebut. Biasanya caj penghantaran sangat rendah berbanding kos sebenar pembeli emas nak pergi ambil sendiri di branch, serta risiko yang ditanggung oleh dealer untuk pastikan emas tu sampai ke tangan pembeli.

      Wallahu a’lam.

      p.s. cuma coin Dinar untuk belian di Semenanjung Malaysia sahaja tak dikenakan “transportation cost”.

  • Pada 18 dan 20 jun sy dh bli gold bar dan dinar yg jumlahnya jika dibandingkan dengan harga emas dlm minggu ni sy dh kerugian RM90..minggu ni plak harga emas turun sehingga 2.7%..harga nya plak statik je seminggu ni..time beli2 rasanya dh turun kaw2 dh..tp xsgka ia turun lg..huhu..ruginya beli awl

    • Harga turun naik tu memang biasa. Dan tak siapa tahu berapa harga emas paling rendah untuk sesuatu tempoh masa, hatta orang paling pakar analisis harga emas sekali pun. Pakar analisis selalu sarankan beli pada paras rendah, bukan paling rendah.

      Saya belum pernah jumpa orang berjaya beli pada paras paling rendah, dan orang sama juga dapat jual pada harga paling tinggi. Dealer-dealer yang otai sebenarnya semua tak tahu secara tepat tentang naik turun harga emas. Mereka cuma ada sedikit ‘feel’ samada sesuatu paras harga tu dikira rendah atau tinggi – berdasarkan pengalaman.

      Ikuti 5 tips penting tu. Jangan sampai harga emas mengganggu emosi tuan. 🙂

      Wallahu a’lam.

  • Salam..
    Berbaloi ke saya beli buku penulisan Encik Shukor “Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas”. Sbb saya pkir tkut2 isi kandungannya mgkin ada yg saya dh tau, mgkin boleh di dapati di internet, atau mgkin bleh didapati di artikel blog2 pelabur emas.

    • Wslm,

      Bagi saya berbaloi. Tapi hampir kesemua kandungan dalam ebook tu dia dah publish di blog dia. Saya beli tu untuk pastikan pembacaan saya lebih tersusun dan dijadikan rujukan pantas bila diperlukan. Itu je.

  • Assalam enzul..saya siti..saya berminat nak invest dlm emas ni…kalau saya nak jadi dealer apakah syarat2nya..dan bolehkah en zul bagi nasihat dan panduan sbb saya ni masih baru dan tiada pengalaman langsung.. terima kasih

    • Wslm Pn. Siti,

      Untuk jadi dealer, kena buat belian RM20,000 dalam satu belian. Automatik jadi dealer. Dengan modal RM20,000 tu, puan boleh pilih mana-mana item emas.

      Untuk maksimumkan keuntungan, saya syorkan beli Dinar kesemuanya sebab susut nilai yang lebih rendah i.e. lebih cepat dan banyak untung. Jadi, dengan harga sekarang, puan boleh beli item berikut:

      Coin 10 dinar x 3 keping
      Coin 5 dinar x 1 keping
      Coin 1 dinar x 2 keping

      Harga tu puan boleh cek di http://www.publicgold.com.my. Harga berubah setiap 20 minit. Harga sebenar mengikut harga bila place order (lock price) nanti. Apa2 nanti, boleh contact saya 019-3368009 (call, sms, whatsapp). InsyaAllah saya akan bantu.

  • Askum en zul.. saya baru nk mula pelaburan emas. Hari ni saya cadang nk beli emas. Soalan saya,
    Jenis emas apa yg patut saya beli?
    Di mana saya kena beli?

    • Wslm tuan,

      Tahniah sebab ambil langkah pertama untuk selamatkan kekayaan kepada emas.

      Emas apa patut beli, secara umumnya ialah Dinar Public Gold. Item mana yang terbaik, bergantung kepada bajet tuan.

      Di mana nak beli? Beli dengan Public Gold iaitu company yang sediakan platform pelaburan emas fizikal terbaik di Malaysia.

      Contact saya 019-336 8009 (sms/whatsapp/call) untuk saya advise item terbaik dengan bajet tuan. Maklumkan juga pada saya tuan tinggal / kerja area mana untuk saya kenal pasti ofis Public Gold terdekat dengan tuan, insyaAllah.

    • Ooo.. Ok. Kalau bajet RM3,000, item terbaik coin samada:

      Option 1 – Coin 5 Dinar x 1 keping (spread 5.5%)
      Option 2 – Coin 1 Dinar x 5 keping (spread 6.0%)

      Dari sudut keuntungan, Option #1 terbaik sebab spread (susut nilai) lebih rendah. Tapi kalau nak mudah jual sikit-sikit bila nak pakai duit nanti, Option #2 lebih baik.

      Ofis PG ada di Kota Kinabalu. Kalau nak buat belian, saya akan bantu untuk place order. Nanti buat bayaran direct ke akaun PG, dan ambil emas tu di ofis PG Kota Kinabalu. Untuk place order, bagi saya (1) nama penuh, (2) no. ic, (3) email, (4) item yang nak dibeli. Itu jer.

  • memang beli emas ada risiko, anyway tahun ni turun 25% tapi for long term memang bagus tapi make sure kena tahu mengenai spread sebab ramai yang beli tapi tak tahu

    • Betul tuan. Mana-mana pelaburan memang ada risiko. Harga turun naik tu normal. Tapi risiko pelaburan emas ni sangat rendah sebab sejarah membuktikan emas adalah penyimpan nilai palilng ampuh dalam sejarah manusia. Ia sentiasa berharga & mahal sepanjang zaman. Sebab ia adalah emas.

  • sy mmg tgh tercari-cari pelaburan y bersesuaian.
    byk jgk lah sy search2 pasai unit trust, asb, saham2 dll.
    teringat pulak pasal emas ari ni.
    kalau bli emas fizikal.kne simpan sendiri kn?
    jadi mcm ad risau lah.
    sbb kalau simpn kat bank kne cas2 tertentu.
    sy pon tgh pening mne pelaburan pling baik.
    skrng ad dlm 30k modal.
    thun dpn dpt payment 80k lg.
    klo sy strugle dan bertahan x bli benda2 mengarut.
    insyallah 5thun dpt lah collect smpai 500k.
    jadi sy fikir by that time sy nk kutip hasil je tiap2thun..
    jadi pelaburan emas mcm ni sesuai ker?
    sy minat sbb ia tanpa ragu2 adalah pelaburan y halal.. 😀
    trima kaseh..

    • Salam En Fakhrul,

      1. Kalau beli emas fizikal, kena simpan sendiri. Kalau En. Fakhrul beli banyak, lebih baik simpan di Safe Deposit Box samaada di bank atau syarikat swasta. Sewa box RM100 setahun pun dah ok. Kalau Agrobank KL dalam RM30 je setahun.

      2. Setiap pelaburan ada kelebihan masing-masing. Saya syorkan pecahkan pelaburan tu. Sebahagiannya gunakan untuk beli emas. Kalau En. Fakhrul berniaga, simpanan emas tu boleh jadikan modal untuk rolling bisnes. Bila perlukan duit, boleh dapat pinjaman bercagarkan emas on the spot. Saya syorkan ambil peluang harga rendah sekarang untuk bermula.
      \
      3. Pelaburan emas ni jelas. Beli emas, dapat emas. Urusniaga patuh syariah.

  • Salam En Zul,

    Saya berminat untuk menjadi agen Public gold. Macamana prosedur dan jenis emas yg macamana paling sesuai untuk dibeli. Harap dapat bantu saya. Tq.

    • Wslm En. Alias,

      InsyaAllah saya boleh bantu. En. Alias sms/ whatsapp saya (019-3368009):

      1. Nama penuh
      2. No. ic
      3. Email
      4. Item yang nak dibeli
      5. No akaun Maybank / Public Bank
      6. Tinggal / kerja area mana untuk saya kenalpasti cawangan Public Gold terdekat.

      Nanti saya akan place order untuk En. Alias. Bayaran buat direct ke akaun Public Gold dan ambil emas tu di office Public Gold terdekat dengan En. Alias. Apa-apa nanti kita bincang thru sms/ whatsapp / call. InsyaAllah.

  • Salam tuan,
    Mohon berikan maklumat mengenai pelaburan Silver. Adakah ia juga satu bentuk pelaburan yang baik selain dari emas. Tq

    • Wslm En. Alias,

      Ini nota ringkas tentang silver.

      SILVER – 4 TIPS PANTAS TENTANG SILVER

      (1) Harga silver lebih volatile (tak stabil)

      Dari sudut pergerakan harga, bila emas naik, silver akan naik 2, 3 kali ganda lebih banyak daripada emas. Bila turun pun sama. Tahun 2010 – 2011, silver naik 100%. Masa tu ramai orang beli silver. Lepas tu dia jatuh balik 50%.

      (2) Potensi lebih besar

      Dari sudut potensi kenaikan, pakar precious metal meramalkan silver akan jadi “gold in future”. Maksudnya, peratusan kenaikan dia akan jauh menandingi emas. Ini disebabkan silver diperlukan untuk industri, sedangkan dah tak ada lombong silver, dan silver biasanya terbuang (dalam alat elektronik) tanpa di recycle sebagaimana emas sebab kosnya yang tak bebaloi.

      Kedua, nisbah emas : silver sekarang ni sekitar 1 : 65. Satu Oz emas boleh beli 65 oz silver. Nisbah ini dijangka naik kepada 1 : 16 sebagaimana sebelum tahun 1980 dulu.

      (3) Silver lebih rendah kecairan

      Silver lebih rendah kecairan berbanding emas. Maksudnya, bila nak jual, tak banyak tempat sanggup beli silver kecuali pengeluarnya sendiri. Kalau emas, kita boleh jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.

      Silver tak boleh dipajak sebagaimana emas. Setakat ni, cuma Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) di Penang jer yang terima pajak silver, itu pun silver keluaran Public Gold sahaja.

      (4) Penyimpanan lebih susah

      Silver ni berat. Dari sudut penyimpanan agak susuh berbanding emas. Kalau sewa Safe Deposit Box, memang cepat la penuh box tu. Kena sewa Safe Box yang besar baru sesuai untuk simpan silver.

      Dari sudut simpanan saya syorkan simpan emas dulu. Ada balance baru beli silver. Saya simpan 70% emas, 30% silver.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam…
    Tuan, saya baru berjinak jinak dgn emas.

    Bulan lepas saya terbeli emas lelong bank rakyat dan rasa menarik pulak jual beli emas ni.
    Dengan berbekalkan RM7,000 yang saya ada, saya ingin mencuba membeli beberapa emas lelong bernilai lebih kurang RM 20,000 melalui teknik beli-pajak-beli-pajak. (Saya rasa harga sekarang cukup rendah). Ini pun kalau saya dpt apa yang saya tender tu.

    Mohon pandangan tuan adakah lebih baik berbekalkan RM 7,000 ni saya beli emas PG yang spread dia lebih rendah dari spread barang kemas yang saya beli secara lelong. … Nak jadi dealer PG tak ada RM 20,000…

    TQ Tuan

    • Wslm En. Syah,

      Kalau beli emas lelong, lepas tu jual kepada pembeli, itu ok. Kalau teknik beli, pajak, beli, pajak, itu ada risiko kalau harga emas tak naik dalam tempoh pajakan. Yang ke-2, pastikan harga lelong tu lebih rendah 25% dari harga pasaran sebab spread barang kemas tu tinggi. Kalau beli sekadar rendah 10% – 15%, saya takut tak berbaloi.

      Kalau nak mudah, beli emas Public Gold sebab confirm susut nilai rendah. Bulan Julai 2013 ni Public Gold buat promosi, beli 25 dinar automatik jadi dealer. Kalau nak cukupkan modal, mungkin En. Syah kumpulkan order kawan2 jadikan satu order.

      Wallahu a’lam.

      • TQ Tuan atas feedback segera.

        Untuk makluman, saya mmg berbelah bagi untuk ambil emas lelong ni kalau berjaya tender sbb spreadnya yg tinggi. Dgn jwpan ringkas tuan dan cadangan tuan saya jadi dealer dgn 25 Dinar membuat saya lebih ke arah nak jadi dealer. ( Email dari PG berkaitan Promosi Ramadhan Jadi dealer 25 Dinar sblum ni saya buat tak endah je )

        1. Saya dah tersubmit beberapa tender form kat bank rakyat ptg semalam, ( dari 11 items, ada 4-5 borang je orang hantar. Jadi saya tender ++ sikit harga reserve) utk 5 brg dlm nilai RM 20K. Bermodalkan 7K saya boleh dpt emas RM 20K dgn pajak dan beli.
        Perkiraan saya, utk cover spread Brg Kemas (20%) & Kos Pajakan (6.5%) saya perlukan kenaikan harga emas 16.5% utk balik modal. ( Tolak 10% harga reserve less 10% market value)

        Asalnya rancangan saya, kalau saya berjaya dan NEXT WEEK…
        1.harga emas naik sikit, mungkin saya ambil.
        2.harga turun, mendatar… mungkin saya ambil sikit atau tak ambil langsung.

        Slpas feedback tuan, rasanya saya perlu tukar rancangan saya kpd

        2. Lebih baik saya beli dinar PG dan hanya perlukan kenaikan harga emas dlm 5-6% utk cover modal.
        3. Nanti saya akan sms tuan untuk buat order/jadi dealer.

        TQ Again….

    • Wslm En. Wan Rizal,

      Kalau bajet RM5k, item terbaik ialah kombinasi coin 1 dinar + 5 dinar. Susut nilai cuma 6.0% (1 dinar) dan 5.5% (5 dinar). Dengan harga sekarang, boleh dapat:
      – 5 dinar x 1 keping
      – 1 dinar x 3 keping

      Kalau tambah bajet dalam RM250++, boleh dapat 1 dinar x 4 keping.

  • salam en zul
    saya ada simpanan yg lebih dr cukup untuk jd dealer. masalahnya saya seorang yang tak pandai langsung nak promote produk. saya lgsung tak tahu tentang pelaburan emas dan saya rasa seperti bodoh tidak tahu nak buat apa dgn simpanan saya. bole ke saya beli saja dinar tu tanpa jadi dealer dan simpan je dinar tu tanpa jual walaupun harga naik.

    saya hrp tuan dpt mbimbing saya kerana selama ini saya mengambil jalan yang selamat seperti simpan dlm tabung haji, asb, koperasi dsbnya.

    • Wslm Pn. Lina,

      1. InsyaAllah saya boleh bimbing kalau puan perlukan. Boleh contact saya bila-bila masa 019-336 8009.

      2. Jadi dealer Public Gold ni, tak semestinya perlu berniaga emas. Kelebihan jadi dealer bagi penyimpan emas biasa ialah untuk dapatkan rebat 1% – 2% atas belian sendiri, dan rebat 0.5% atas jualan balik kepada Public Gold. Itulah sebab saya jadi dealer pada permulaannya. Kalau berniaga sambil menyimpan, itu satu bonus.

  • Assalamualaikum.Saya ingin bertanya, masa mula2 saya menceburi emas adalah untuk pelaburan.malangnya penjual yg menjual emas kepada saya tidak memberitahu saya betul2 caranya. Saya membeli emas 999 dengan pajakan emas 916 saya punya sendiri.Sekarang harga emas turun menyebabkan saya kerugian dan perlu menebus balik pajakan tersebut.bagaimana caranya?

    • Wslm Pn. Normah,

      Memang rugi untuk tebus / jual emas tu bila harga rendah macam ni. Kalau harga dalam trend menaik, tak ada masalah. Antara pilihan yang puan ada:

      1. Jual emas 999 tu dan rugi. Dan top-up sikit duit lain untuk tebus emas 916 tu.

      2. Biarkan emas 916 terlelong dan rugi. Dan tinggalkan nama buruk dalam rekod kredit CCRIS BNM.

      3. Terus bayar ansuran bulanan kepada ar-rahnu sampai habis. Bila habis tempoh pajakan, renew surat pajak dan terpaksa bayar perbezaan harga dulu (tinggi) dengan harga sekarang (rendah). Terus bayar ansuran bulanan sampai habis loan tu.

      4. Terus bayar ansuran bulanan kepada ar-rahnu sampai habis. Bila habis tempoh pajakan, pajak emas 999 di tangan tu untuk dapatkan pinjaman baru. Guna duit pinjaman baru untuk tebus emas 916 dalam ar-rahnu. Terus bayar ansuran bulanan sampai habis loan tu.

      5. Buat persoanal loan dan guna duit personal loan untuk langsai hutang dengan ar-rahnu. Cara ni kos “interest” dan kerugian paling rendah berbanding 4 pilihan yang lain. Bagi saya buat personal loan untuk ‘beli emas’ adalah berbaloi untuk jangka panjang.

      Wallahu a’lam.

    • Wslm En. Yuza,

      Untuk jadi dealer, kena buat belian RM20k dalam satu resit. Bulan ni (Julai 2013) ada promosi, beli 25 dinar, automatik jadi dealer. Untuk buat belian & jadi dealer, saya akan bantu En. Yuza place order. Nanti buat bayaran terus ke akaun Public Gold, dan ambil emas di cawangan Public Gold terdekat. Untuk place order, sms saya:

      1. Nama penuh
      2. No ic
      3. Email
      4. Item yang nak dibeli
      5. No. akaun Maybank
      6. Tinggal / kerja area mana untuk saya kenal pasti cawangan PG terdekat.

  • saya minat dalam pelaburan emas ini..tapi saya tak berapa arif pasal pelaburan emas ini..ada orang bagitahu benda ni bagus..simpan emas boleh dapat duit..
    mohon pencerahan..saya ini budak baru…
    utk makluman saya cuma ada modal rm3k..

    • En. Danny,

      Untuk faham asas pelaburan emas, En Danny download ebook “5 Minit Review Tentang Emas” di sebelah kanan, bahagian atas blog ni. InsyaAllah, itu cara paling pantas untuk faham pelaburan emas fizikal.

      Kalau bajet RM3,000, item terbaik samada:
      – coin 5 dinar x 1 keping; atau
      – coin 1 dinar x 5 keping

      Kelebihan 5 dinar, lebih cepat untung sebab susut nilai lebih rendah. Cuma 5.5% je. Kelebihan coin 1 dinar (6.0%), senang kalau nak jual sikit-sikit nanti.

      Wallahu a’lam.

  • salam sy ridzuan berada di melaka..sy berminat dengan pelaburan emas ni..tapi sy kurang ariff ..niat di hati ingin membeli emas sebyk 1 dinar dahulu sebgai simpanan kerana ade lbihan wang simpanan yg x digunakan dlm mase jgka pnjg.. so ade bebrapa soalan ingin dtyekan: 1-sesuai ke waktu skrg tuk sy membt pembelian,mean dgn harga emas yg skrg? 2-dengan siapa sy patut membeli dinar emas,dr en o dirct to pg.? 3-ape langkah pertama yang perlu sy buat utk join dlm public gold?

    • Wslm En. Ridzuan,

      1. Harga sekarang masih diparas rendah. Lebih rendah dari harga saya beli 3 tahun lepas. Masa yang sesuai sangat untuk bermula.

      2. Untuk buat belian, saya akan place order untuk En. Ridzuan. Nanti, buat bayaran terus kepada PG, dan ambil emas tu di ofis PG Melaka.

      3. En. Ridzuan bagi saya (a) Nama penuh, (b) No ic, (c) No. telefon, (d) Email, (e) item yang nak dibeli. Lepas saya buat order nanti, En. Ridzuan akan terima email Sales Order daripada PG. Itu jer instruction dalam email tu step-by-step.

      Nanti En. Ridzuan boleh contact terus saya di 019-336 8009 (call/sms/whatsapp). InsyaAllah saya akan bantu.

    • K terima ksh..t sy akn update detail sy ke no en. Insyallah.. last soalan.. berapa hrga 1 dinar emas hari..ni tuk kpastian..hehe

  • Salam En Zul,

    Alhamdulillah, saya telah pun menjadi dealer PG di bawah saudara. Semoga ianya akan menjadi batu loncatan utk saya melebarkan perniagaan emas PG ini. Mohon dapat membantu saya dalam mencapai cita2 saya.

    • Wslm En. Alias,

      Alhamdulillah, tahniah sebab menjadi dealer Public Gold. Nanti En. Alias fowardkan Sales Order daripada Public Gold ke ibnushafie@gmail.com untuk rekod saya.

      Sebagai langkah awal, saya syorkan En. Alias join 2 seminar penting:

      1. Seminar Asas Pelaburan Emas (percuma) – yang di kendalikan oleh En. Syukor Hashim atau Pn. Azizah Hasan (nickname “Mama”). Ia seminar penting untuk fahami asas sebenar pelaburan emas.

      2. Seminar New Dealer Orientation (RM10) – diadakan sebulan sekali di semua cawangan Public Gold seluruh Malaysia. Saya kendalikan seminar NDO ni sebulan sekali di office PG Sunway / Petaling Jaya.

      En. Alias cek jadual seminar di website Public Gold. Klik bahagian:
      > Activity
      > Seminar Schedule

      Ini kick start penting untuk melebarkan perniagaan Public Gold, insyaAllah.

      Apa sahaja persoalan, boleh contact terus saya di 019-336 8009 (call/sms/whatsapp).

  • akak syukur bertemu dengan blog zul ni…bangga ada anak muda melayu yang berjiwa besar untuk membantu orang lain….mudah-mudahan Allah memberi ganjaran berlipat ganda di atas niat ikhlas dan usaha murni zul…..Amin! Mengikuti blog zul ni sedikit demi sedikit terbuka mata akak tentang simpanan emas dan pengurusan kewangan. akak berhasrat untuk hubungi zul untuk membeli emas..insyaallah ..sekarang tengah berusaha menyimpan duit sikit2….wassalam.

    • Alhamdulillah kak. Puji-pujian bagi Allah. Terima kasih atas doa akak untuk saya. Moga Allah merahmati akak sekeluarga.

      Kalau akak nak beli emas untuk simpanan, boleh contact saya pada bila-bila masa. InsyaAllah saya akan bantu apa yang termampu.

  • As salam en zul sy ingn brtnye tntg pelaburan emas,kalau mcm kita nk melabur adakah kte kne ad emas y byk? Atau 10g?20g? Dia ad had ke..sb sy ad kwn2 dyorg kte dyorg labur emas sebnyak 10g,.tiap2 bulan dpt duit..

    • Wslm En. Taufik,

      Pelaburan emas sebenar; macam beli barang kemas di kedai emas jer. Beli emas, dapat emas. Berapa banyak nak beli, itu terpulang. Tak ada had. Emas tu kita simpan sendiri. Kalau pelaburan emas yang ada pendapatan tetap, itu dipanggil SKIM pelaburan emas. Kesemua skim-skim pelaburan begitu telah pun diserbu oleh BNM dan ada yang tutup sebelum diserbu.

      Saya tahu, sekarang muncul lagi skim pelaburan emas yang baru dengan cara yang lebih ‘bijak’ untuk mengaburi mata BNM. Ia memang menarik minat orang ramai sebab menjanjikan pendapatan tetap yang lumayan, tapi skim macam tu bagi saya tak akan lama. Risikonya, emas tak dapat, duit pun lesap.

      Wallahu a’lam.

  • Saalam En Zul nak tanya . Perbezaan diantara pelaburan Public Bank Gold investment dan pelaburan emas fizikal. Mana satu mempunyai risiko / susut nilai yg tinggi.
    wslm

    • Wslm En. Alles,

      Public Bank GIA tu “akaun”. Beli emas dapat kertas jer. Pelaburan emas fizikal ni macam beli emas di kedai emas jer. Beli emas, dapat emas. Emas tu kita simpan sendiri. Bila harga naik, kita boleh jual untuk ambil untung. Itu jer.

      Kalau En. Alles nak masuk “akaun emas”, saya syorkan samada masuk Kuwait Finance House (KFH) atau Al Rajhi jer sebab setakat ni, cuma 2 tu jer yang disahkan patuh syariah.

      Dari sudut risiko, akaun emas tak ada risiko kehilangan emas sebab emas tu memang tak wujud. Kalau emas fizikal, risiko sebenar En. Alles boleh baca artikel saya di link ni:

      http://www.mohdzulkifli.com/2011/12/risiko-sebenar-pelaburan-emas-fizikal.html

      Untuk perbandingan antara “akaun emas” dengan “emas fizikal”, En. Alles boleh rujuk artikel saya di link di bawah:

      http://www.mohdzulkifli.com/2011/04/gold-saving-account-atau-emas-fizikal.html

      Moga bermanfaat, insyaAllah. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya pada bila-bila masa. InsyaAllahs saya akan bantu apa yang termampu.

      Wallahu a’lam.

  • salam..
    slps trjumpa blog En.Zul tentang emas sy brcadang hendak membeli emas mggunakan dividen asb..bajet sy bwh 1k..

    tapi saya tak berapa arif pasal pelaburan emas ini
    tujuan sy nk beli emas ni utk elakkan sy mbazir dt dividen kpd beli bnd2 y x berfaedah… =)

  • Assalamualaikum.. Sy b’syukur kerna Allah bg kesedaran lbih awl pd sy mengenai penyimpanan emas. jika sy nk bljr dgn lbih dlm tntg plbran emas,boleh x En.zul cdgkn cara yg t’baik atau buku2 yg bleh sy jdkn rjukn sekiranya perlu..
    terima kasih..

  • salam..sy nk mnta pndpt En.Zul..ayh sy ada bela 2 ekor lmbu yg b’hrga kira2 4k.. die bela sbb nk jual blik dgn hrga yg lbih tggi bila lmbu tu mkin besar..adakah perlu jika ayh sy jual lembu tersebut utk beli emas..sy rasa lbih baik jika ditukarkn kpd emas sbb die x m’jualnya dlm tmpoh 1 atau 2 thun..mslhnya disini, bgaimana sy nk ykinkn ayah sy sbb die tidak tahu tntg klbhn simpan emas..

    terima kasih..

  • salam, saya merupakan seorang pelajar universiti. saya belum bekerja dan belum memiliki harta (rumah, kereta, etc). saya telah membeli barang kemas perhiasan berharga RM2000 dan menganggap ia sebagai satu pelaburan, namun, adakah pelaburan emas perhiasan tidak dianggap menguntungkan berbanding dinar emas? berapakah harga termurah bagi dinar emas ini?

  • Salam..saya ingin bertanya pada tuan tentang pelaburan emas delay..adakah menguntungkan atau ada sesuatu disebaliknya.?

    • Wslm En. Azmi,

      Saya syak ianya money game. Apa-apa pelaburan emas sekalipun, pastikan beli emas dapat emas. Dan emas tu mesti kita simpan sendiri. Kalau orang lain simpankan / laburkan, kebanyakkannya akan jadi problem.

  • Salam en zul apa pendapat awak tentang pegasus bullion….ada buat kajian x tentang syarikat ini….pg memeng ok lg pun bnm lulus….kalau saya beli 1kg di pg ada bg faeadah x tiap2 bulan? Thanks

    • Wslm En. Rashid,

      1. Nak beli apa-apa emas sekalipun, kena cek 5 kriteria penting sebagaimana yang saya terangkan dalam artikel http://www.mohdzulkifli.com/2012/05/5-kriteria-penting-memilih-emas-pelaburan.html . Kalau lulus 5 kriteria ni, berbaloi untuk beli. Dan yang paling penting, beli emas, mesti dapat emas. Emas tu kita simpan sendiri. Kalau syarikat yang simpankan atau laburkan, mesti akan ada masalah sebab biasanya mereka yang manipulate duit kita.

      2. Public Gold tak ada bagi faedah bulan2. Pelaburan emas yang sebenar macam beli barang kemas di kedai emas jer. Beli emas, dapat emas. Emas tu kita simpan sendiri. Kalau harga emas naik dan kita jual, itulah untung pelaburan emas. Tak ada income bulan-bulan yang dijanjikan. Kalau ada income bulan-bulan, biasaya ikut skim cepat miskin yang bertopengkan emas.

      Wallahu a’lam.

  • assalamuallaikum,
    saya baru nk menceburi bisnes emas,
    saya nak tanya pendapat..saya baru sahaja pergi ke kedai emas berdekatan tanya pasal jual beli emas ni..dia terangkan pada saya..contohnya harga emas tersebut 1g bersamaan rm180…dgn modal yg saya ada,saya ambil 30g…setiap 1g dia akan bagi dividen 12ringit sebulan ikut harga semasa dengan syarat emas tu tak boleh ambil..kalau ambil emas xdpt dividen tersebut..
    berbaloi tak kalau saya join ?dengan umur saya baru 21 tahun masih lagi belajar di ipt
    apa risiko yang perlu di elak?

    buah cempedak di luar pagar,
    ambil galah tolong jolokan,
    saya budak baru nk belajar,
    harap encik dapat tunjukan,
    hehee

    terima kasih
    assalamuallaikum

    • Wslm En. Afiq,

      Beli emas mesti dapat emas. Emas tu mesti kita pegang sendiri.

      Kalau beli emas cuma dapat resit, emas penjual pegangkan, lepas tu penjual begi income bulan-bulan, risikonya sangat besar untuk duit tu lebur.

  • As-Salam En Zul,

    Terima Kasih atas perkongsian, sy ingin bertanya pendapat tentang jualbeli emas Syarikat Darul Emas Perak Berrhad (DEPB)…tuan pernah dengar? Plan TB dan RSB? Beli, simpan dan Jual diuruskan wakil syarikat?
    Adakah ia mematuhi kehendak syariah?

  • salam tuan zul..
    Sy ade trbaca dlm group emas kt fb..
    Skrg ade program sewaan gold bar n komisen akn dpat tiap2x bln per gram..adakah cara ini berisiko untuk buat pelaburan..??

    • Wslm tuan,

      Cara macam tu sangat berisiko. Untung nasib kita terletak pada penjual.

      Saya syak ianya money game i.e. skim cepat miskin yang bertopengkan emas sebab terlalu banyak persoalan tentang kaedah macam tu yang sangat kabur, antaranya; apa yang mereka buat dengan gold bar tu? Mana datang untung bulan-bulan yang mereka bayar tu? Lagi pelik, mereka boleh grenti bayar income bulan2 tak kira apa sahaja pergerakan harga emas.

      Pelaburan emas sebenar, beli emas dapat emas. Emas tu kita simpan sendiri. Untung rugi mengikut pergerakan sebenar harga emas.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan. Saya seronok baca tulisan tuan dan komen pengunjung disini..syukur saya rasa saya terbuka hati nak mula menyimpan emas. Boleh x tuan coach saya tentang selok belok pelaburan ini. Dengan tunjuk ajar dari tuan,saya berharap satu hari nanti saya akan jadi seorang muslim yang berjaya, kaya, dan dermawan. Itu impian saya selama ini..harap kita sama-sama jadi insan berguna di dunia dan akhirat. InsyaAllah..

  • Assalamualaikum
    Kak mohon kongsi pengalaman tuan ni di FB sebagai jawapan kepada persoalan cstmr2 baru ttg naik turun harga emas yang tak menentu sekarang ni… Syukran .. Jazakallah khairal jazak

  • assalamualaikum tuan. macamana nak tentukan duit lebihan untuk kita start melabur emas? boleh bagi contoh sekiranya gaji bulanan RM5k. saya berminat untuk mulakan. terima kasih

  • Salam….sy ikhwan…sy bru nk mula belian emas dgn modal 60k…plan yg sy nk join ialah eta 30..iaitu byr harga emas yg rendah pd rm9k/100g…jd sy nk beli 600g..jd total rm45k..bayar pd hari pertama…hari ke-30 bru dpt emas….pd hari ke-30 sy akn jual semua emas pd penjual dgn harga rm12k/100g….soalan sy….adakah blh buat biz yg mcm nie???patuh syarak????encik zul ade buat program yg mcm nie x????mohon pencerahan…

    • Wslm En. Ikhwan,

      Saya tak pasti patuh syarak atau tak tapi kaedah macam tu kebanyakkannya dibuat oleh penganjur skim (‘cepat kaya’) yang menggunakan emas. Kaedah macam tu risikonya 100% kita tanggung sebab penjual pegang duit dan emas kita. Lagi satu saya agak was-was dengan harga yang dia jual terlalu murah, macam ada udang disebalik batu. Maksudnya kalau berani duit tu lebur semuanya, bolehlah join. Kaedah macam tu terbukti dah banyak penipuan. Cuma isu penipuan ni hanya kecoh dalam private group facebook jer. Orang baru yang tak tahu menahu ni senang sangat jadi mangsa.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum tuan,

    sy seorg pelajar & tidak mempunyai pekerjaan tetap…sy berminat utk membuat pelaburan emas .modal pelaburan sy kurang rm1000,namun sy kurang arif mengenai pelaburan ini. mohon jasa baik tuan utk berkongsi ilmu..

  • Salam En. Zul..saya ada bajet RM14k..better saya beli gold bar PG or Dinar?yang mana lebih mendatangkan keuntungan lebih banyak jika saya buat jual beli?

  • Saya baru berjinak membeli Gold Bar,kali pertama saya membeli di kedai emas 10g PAMP suka-suka je…,saya terbaca di web public gold pn ada menjual Gold Bar,saya terus membeli 20g,kemudian saya cuba bertanya dengan kedai emas tempat saya membeli PAMP berapakah harga sekiranya saya ingin menjual kembali PAMP,kedai emas menyatakan sebanyak 18%-25% akan di tolak sekiranya ingin menjual kembali PAMP,jika di bandingkan harga jual di PG,lebih baik beli GB keluaran PG,kini saya telah mengajak ramai rakan-rakan membeli barangan PG walaupun saya bukan Dealer PG,harap En.Zul tlg ajar saya cara nk lock belian melalui web?

  • assalamualaikum zulkifli,
    saya minat dgn pelaburan emas ni, saya sangat perlukan bantuan anda untuk permulaan. saya khuatir kerana saya tidak punya pengalaman. harap dapat bantuan sewajarnya. tk.

  • salam ustaz. saya nak tanye, jika modal rm 4,500.00 apakah yang menguntungkan saya? adakah goldbar 20gm 1 keping dan 1 keping dinar atau 6 keping dinar?

    terima kasih bayak.

    • Wslm Puan,

      Item yang paling untung ialah item yang susut nilai paling rendah. Item yang saiznya lebih besar susut nilainya lebih rendah dari item yang kecil. Maksudnya, gold bar 20 gram lebih untung berbanding coin 1 dinar (4.25 gram).

  • Assalamualaikum…
    Ustaz..syer nk tanya..syer telah membeli dinar emas di tmpat lain..tp tempt tu skrg dah tutup & muflis…klu syer mhu jual kt pg diterima ke x…& brape peratusan nilai susutnyeer.
    Tk.

  • askum en Zul

    saya minat untuk melbur dalam emas, bermodalkan 10k…apakah dengan menyimpan emas saya dapat keuntungan atau ade cara yg cepat untuk dapat keuntungan dengan beli emas ini

  • As slm En Zul..saya ada terbaca artikel mengenai pembelian syiling dinar / emas dengan syarikat Power Gold yang juga merupakan syarikat Bumiputera. Bagaimana pendapat En. Zul sekiranya pembelian dibuat dengan syarikat berkenaan berbanding dengan Public Gold yang lebih dimonopoli oleh bukan bumiputera.

  • Apa pendapatan tuan tentang menyimpan emas yg dapat terus Dr lombon(sama ada beli dr melombong kecil2an atau sendiri yg cari)material dalam bentuk mentah lagi.andaikan hari ini sy membeli 1g emas mentah dengan harga RM135.kualiti lebih dr 90% purity.

  • assalamualaikum en zul

    Adakah nilai spread oleh public gold berbentuk ‘permanent spread value’ atau ‘temporary spread value’?

    Ini kerana saya pernah membeli goldbar biasa pada tahun 2012 yg sepatutnya nilai spread 6% tetapi pada bulan januari 2016 saya telah menjualnya kembali ttp dikenakan spread 10% dengan rujukan bungamas tai fook series dgn alasan pg telah tukar ke emas lbma bg goldbar. walaupun saya rasa terkilan dan tertipu tetapi terpaksa lepaskan dgn harga rendah tersebut.

    Mohon pg tidak sewenang2nya mengubah nilai spread krn ini akan membebankan dan mengecewakan pembeli/pelabur.

    • Wslm En Dzulkarnain,

      Bukan sahaja Public Gold, seluruh company emas di Malaysia terpaksa ubah struktur harga dan spread lepas penguatkuasaan GST mulai April 2016. Bukan sahaja En. Dzulkarnain yang kecewa, malah seluruh industri emas di Malaysia pun kecewa, bahkan sebahagian besar perniagaan emas terjejas terus akibat GST.

      Spread 10% yang dikenakan oleh PG untuk emas lama (yang dikenakan GST) sebenar sangat-sangat rendah. Tak ada mana-mana company emas di Malaysia yang kenakan spread serendah itu untuk emas yang bukan LBMA. Pada asasnya spread tu kekal, melainkan tekanan yang dikenakan oleh kerajaan seperti GST begitu. Tak ada orang yang suka kena GST termasuk Public Gold sendiri.

  • Salam. Mau tanya en zul. Bagaimana dengan zakat yang dikenakan ke atas emas kita yg disimpan di public gold tu jika cukup haul dan nisabnya. Contohnya kita ada emas nilai rm20k yg disimpan di bank public. Adakah bank akan tolong tolakkan atau kita bayar zakat guna duit kita yg lain. Adakah harga untung dan rugi emas itu dibuat setiap hari oleh pihak bank. Nanti genap setahun segala harga naik dan turun selama 360 hari itu akan dihitung atau dipuratakan. Tq

  • Assalamulaikum Tuan Zul. Nak tanya apa Dealer Recruitment Drive (DRD) ? Adakah selepas mendaftar di bawah program tersebut, kita dapat jadi dealer biasa dan dapat rebat bila jual dan beli emas dari public gold? terima kasih tuan.

    • En Fakhrudin,

      Kalau berminat untuk beli dinar emas. Boleh terus mula 1 Dinar. Kalau ada bajet sekitar RM1100 dah boleh mula. Lepas beli, saya cadangkan tambah ilmu tentang emas dari masa ke masa. Untuk sentiasa mendapat update tentang emas, boleh juga follow telegram mentee saya t.me/MohamadHafizShafie

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >