MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kita Melihat Dunia Berdasarkan Input Yang Overload Dalam Fikiran Kita

July 24, 2025

Dulu saya rasa pelik, kenapa bila saya letak konten yang baik-baik, bagi ilmu percuma di TikTok (dan media sosial lain), ada juga yang kecam saya. 

Padahal saya share ilmu dan pengalaman yang sangat mahal – secara percuma. 

Saya percaya, siapa yang serius belajar betul-betul daripada konten-konten tu, dia boleh keluar daripada masalah kewangan, ada simpanan kukuh, bebas daripada hutang, bahkan boleh jadi jutawan – dalam masa kurang 10 tahun (insyaAllah)! 

Sudahlah ilmu mahal... Saya bagi percuma pulak tu! 

More...

Ibarat kera diberi bunga 

Konten-konten saya tu, bukannya saya kenakan bayaran, upsell suruh join kelas, ataupun jual produk yang menghabiskan duit orang pun... 

Sekadar berkongsi ilmu mahal, yang saya sendiri susah nak dapat ketika tengah struggle dengan kewangan dulu.

Tapi ada juga yang kecam, lempar sangkaan buruk, bahkan ada yang meletakkan fitnah dalam ruangan komen. 

Sampai saya jadi malas nak baca komen kalau konten tu FYP... 

Mesti ada komen-komen yang negatif macam ni: 

  • "Sembang je lebih..." 
  • "Ini mesti kaya dengan jual air liur..." 
  • "Ini mesti nak jual kelas..." 
  • "Kasut setiap orang tak sama... Jangan sibuk hal orang lain" 

Walhal saya share konten dengan niat yang baik. Niat nak bagi ilmu... 

Konten sama, respon berbeza

Lama-lama saya mula sedar... 

Sebenarnya, setiap orang melihat dunia dengan cara yang berbeza. Maka, respon dia pun akan berbeza.

Ada orang, walaupun dicurahkan sebanyak mana ilmu dan peluang, tetap akan respon dengan cara negatif.

Saya sendiri, kalau tak suka sesuatu konten, saya akan scroll dan skip sahaja.

Tapi ada orang yang sanggup luangkan masa letakkan komen negatif. Seolah-olah tiada hisab (di sisi Tuhan) atas setiap perkataan yang ditaip.

Tanpa sedar, mungkin dia menyakiti hati orang, bahkan menyebabkan fitnah yang berpanjangan.

Tak pasal-pasal buat dosa dan dosa berantai! 

Sebenarnya, apa beza dia dengan orang lain yang hargai ilmu tu?

Semuanya bermula daripada input yang masuk ke dalam fikiran. 

Input membentuk cara melihat dunia

Fikiran kita macam span — apa yang selalu kita baca, dengar, tonton, dan sembang akan diserap masuk ke dalam kepala. 

Lama-lama, input itulah yang jadi "kanta" kita melihat dunia.

Kalau hari-hari tengok video penuh gosip, jenayah, konspirasi, perbalahan, permusuhan dan pertikaian — dunia akan nampak menakutkan. 

Kita boleh jadi lumpuh... Rasa macam dah tak ada harapan langsung untuk masa depan yang lebih baik. 

Tapi kalau hari-hari baca kisah inspirasi dan kejayaan, dengar ilmu daripada orang berjaya, hadiri majlis ilmu dan motivasi — dunia akan nampak penuh dengan peluang dan harapan. 

Ada orang nampak sesuatu masalah tu sebagai bencana.

Tapi ada orang nampak masalah yang sama sebagai peluang untuk belajar dan bangkit.

Bezanya bukan pada dunia. Tapi pada cara dia tengok dunia.

Respon kita membentuk masa depan kita

Bila kepala penuh dengan persepsi negatif, apa-apa yang datang pun akan direspon dengan sangkaan buruk.

Tapi bila mindset kita positif dan terbuka (open-minded), walau benda kecil pun kita akan nampak peluang untuk maju.

Dan cara kita respon pada setiap peluang dan cabaran itulah yang akan jadi keputusan-keputusan hidup kita.

Keputusan itulah yang akan mencorakkan masa depan kita.

Semuanya bermula dengan apa yang kita benarkan masuk ke dalam kepala setiap hari.

Kalau masukkan sampah, fikiran dan tindakan pun jadi macam sampah.

Tapi kalau masukkan permata, fikiran pun akan bernilai tinggi.

Dan kita akan bertindak dengan cara yang mendorong kita untuk terus maju. 

Kalau nak ubah hidup, ubah input dulu

Hakikat yang kita perlu sedar, masa depan kita bukan ditentukan oleh satu dua perkara besar (yang kita buat), tapi oleh apa yang kita ulang buat setiap hari.

Termasuk apa yang kita ulang masuk ke dalam kepala kita. 

Permulaannya nampak remeh...

Kita masuk sikit-sikit, lama-lama otak kita overload dengan input yang kita benarkan.

  • Kalau hari-hari baca bahan ilmiah dan inspirasi → kita akan rasa kuat dan bermotivasi.
  • Kalau hari-hari baca kisah kegagalan, jenayah, gosip dan permusuhan → kita akan jadi lemah, penuh curiga, bahkan boleh putus asa.

Kalau nak kehidupan yang lebih baik, stop dulu semua input negatif. Lepas tu pilih dan suap input-input yang positif. 

Segala input yang kita overload dalam kepala akan membentuk mindset (cara berfikir) kita. 

Mindset itu akan tentukan cara kita respon terhadap peluang dan cabaran.

Dan respon-respon yang kita rasa kecil itulah yang akan membentuk masa depan kita.

Setiap input akan dihisab

Allah SWT berfirman:

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (tentang apa yang dilakukannya)."

- (Surah Al-Isra’ 17 : 36)

Ayat ini berikan peringatan yang jelas — semua input yang masuk melalui telinga, mata dan hati akan memberi kesan... Dan akan dihisab pada hari Akhirat nanti.

Nak ubah hidup, mula dengan ubah apa yang kita benarkan masuk ke fikiran. 

Jaga input → Ubah mindset (cara melihat dunia) → Ubah respon (tindakan) → Ubah nasib hidup.

InsyaAllah... 

Zulkifli
Cyberjaya
24 Julai 2025
28 Muharram 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}