Tak nak kaya. Tapi nak kaya... 50-50...
Bila dalam kepala kita 50-50, kekayaan susah nak datang kepada kita. Macam nak kahwin, tapi calon pun tak pasti.
Bila calon dah ada, perasaan pun masih 50-50. Tak pasti nak atau tak nak...
Kalau dah tahu kekayaan tu boleh bagi manfaat, kenapa masih 50-50?
Inilah mindset yang Allahyarham Tan Sri Muhammad Ali Hashim (bekas CEO JCorp) istilahkan sebagai "kaya segan, miskin tak mahu"...
More...
Tak nak kaya... Tapi gaji nak naik...
Tak nak kaya... Tapi bonus nak banyak...
Tak nak kaya... Tapi asyik mengeluh dengan harga barang naik...
Jadi bukah lebih baik jadi orang kaya sampai duit bukan lagi masalah untuk kita?
Nak kaya, tapi takut lalai?
Cari harta dengan cara halal, itu pahala...
Urus harta dengan baik dan tunaikan hak pada harta, itu pahala...
Belanjakan harta dengan cara yang baik, itu juga pahala...
Jadi kenapa teragak-agak nak jadi kaya?
Takut harta melalaikan?
Bukan sahaja harta boleh lalai... Bahkan apa sahaja nikmat Tuhan bagi pun boleh buatkan kita lalai dan tak bersyukur...
Kaya tu nikmat...
Kesihatan juga nikmat...
Dengan tubuh badan sihat, kita boleh buat banyak kebaikan... Bahkan dengan tubuh badan sihat, ramai juga yang gunakan untuk maksiat dan kejahatan!...
Baik buruk bukan pada harta, tapi...
Bukan sihat tu yang salah...
Bukan harta tu yang salah...
Tak ada baik buruk pada harta...
Tak ada baik buruk pada kesihatan...
Baik buruk ialah pada hati kita sendiri...
Hati yang baik akan gunakan segala nikmat yang Tuhan beri untuk buat yang baik-baik...
Sebaliknya hati yang jahat, nikmat yang sama akan digunakan untuk kejahatan...
Bukanlah kekayaan tu buatkan lupa diri... Kekayaan tu cuma menyerlahkan siapa diri seseorang tu yang sebenarnya...
Kalau dia memang lupa diri, kekayaan akan menyerlahkan lagi sikap lupa dirinya...
Sebaliknya kalau dia orang baik, kekayaan akan menyerlahkan lagi kebaikannya...
Lagi kaya, lagi banyak limpahan kebaikan daripadanya...
Didik diri jadi baik dari sekarang
Jadi tak perlu 50-50 lagi untuk jadi kaya...
Sekurang-kurangnya bila susah, kita tak perlu harapkan orang lain untuk dibantu (dari sudut kewangan). Malah boleh bantu orang lain yang dalam kesusahan.
Carilah kekayaan sebanyak mungkin... Tapi pasang niat siap-siap untuk buat lebih banyak kebaikan dengan kekayaan yang Tuhan beri...
Didik diri jadi baik dari sekarang... Supaya bila kekayaan tu datang, kekayaan tak sekali-kali melalaikan kita...
Ia cuma menyerlahkan siapa kita yang sebenarnya...
Sesungguhnya kaya itu mulia, bagi siapa yang bersyukur...
#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur
Zulkifli
Cyberjaya
4 September 2025
11 Rabiul Awwal 1447H
“Orang-orang fakir telah datang kepada Nabi ﷺ lalu berkata,
‘Orang-orang kaya telah pergi (meninggal dunia) dengan darjat yang tinggi dan nikmat yang kekal. Mereka solat seperti kami solat, mereka berpuasa seperti kami berpuasa, tetapi mereka mempunyai kelebihan harta, lalu mereka dapat menunaikan haji, umrah, berjihad, dan bersedekah.’
Maka Rasulullah ﷺ bersabda:
“Mahukah kalian aku ajarkan satu amalan yang jika kalian melakukannya, kalian akan menyamai mereka yang telah mendahului kalian, dan tidak ada seorang pun yang boleh mengejar kalian selepas itu, serta kalian menjadi golongan yang terbaik dalam kalangan manusia, kecuali jika ada yang melakukan perkara yang sama?
Iaitu, bacalah tasbih, takbir, dan tahmid (Subhanallah, Allahu Akbar, Alhamdulillah) sebanyak 33 kali selepas setiap solat.”
Kemudian orang-orang fakir itu kembali kepada Rasulullah ﷺ dan berkata:
“Saudara-saudara kami yang kaya telah mendengar tentang amalan ini, lalu mereka juga melakukannya!”
Maka Rasulullah ﷺ bersabda:
“Itulah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”
- (HR Bukhari no. 843, no.6329)(HR Muslim no. 595) (Riyadhus Solihin no. 572)
‘Amr ibn al-‘As berkata:
Rasulullah ﷺ mengutus orang untuk memanggilku. Baginda memerintahkan aku supaya memakai pakaian dan mengambil senjata, lalu datang kepada Baginda. Aku pun melakukannya, dan datang kepada Baginda ketika Baginda sedang berwuduk.
Baginda melihat kepadaku, kemudian menundukkan pandangannya. Setelah itu Baginda bersabda:
“Wahai ‘Amr! Aku ingin melantik kamu mengetuai satu pasukan tentera. Allah akan memberikan ganimah (harta rampasan perang) kepadamu, dan aku akan berikan bahagian yang sewajarnya daripada harta rampasan itu.”
Aku menjawab:
“Aku tidak memeluk Islam kerana ingin mengejar harta. Aku memeluk Islam kerana cintakan Islam dan agar aku dapat bersama Rasulullah ﷺ.”
Baginda bersabda:
“Wahai ‘Amr! Harta yang halal lagi baik adalah sebaik-baik harta bagi seorang lelaki yang soleh.”


