Rasa benci... Tapi dalam hati nak juga.
Ada orang bila dengar perkataan “kaya” atau “kekayaan”, terus rasa menyampah. Ada yang balas sinis, ada yang komen pedas.
Seolah-olah bila sebut kaya, terus tergila-gilakan dunia sampai lupa akhirat. Malah macam satu dosa pula pula!
More...
Ya lah... dalam Al-Quran, bila sebut kekayaan, kita teringat kisah Qarun – kaya, sombong, dan akhirnya binasa.
Tapi kita jarang nak ingat... Allah s.w.t. juga ceritakan tentang Nabi Daud a.s. dan Nabi Sulaiman a.s. – yang kaya, berkuasa, tetapi tetap merendah diri, tunduk syukur kepada Allah.
Sebenarnya, ada beberapa faktor kenapa sebahagian orang bermusuh dengan kekayaan – tanpa sedar.
Akhirnya hidup dalam dilema;
Kaya segan, miskin tak mahu...
1. Budaya dan naratif dalam media
Sejak kecil, kita disuap dengan drama dan filem:
👉🏻 Orang miskin digambarkan suci, baik, penuh nilai kemanusiaan.
👉🏻 Orang kaya pula dilukis sebagai tamak, sombong, menindas orang kecil.
Bila hari-hari kita hadap naratif ni, lama-lama tertanam mindset: kaya = jahat.
Sedangkan realitinya, kebanyakan orang kaya adalah orang yang baik-baik – rajin bekerja, amanah, berwawasan, boleh dipercayai, malah ramai yang sangat dermawan.
Hakikatnya, kaya atau miskin bukan penentu baik jahat. Yang menentukannya ialah hati dan amalan kita.
2. Salah faham tentang agama
Ada juga yang fikir miskin tu mulia, kaya tu hina. Miskin mudah masuk Syurga, kaya lambat masuk Syurga.
Padahal Allah ada berfirman:
“Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu hanyalah sebagai ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah ada pahala yang besar.” - (Surah Al-Anfal 8:28)
Rasulullah s.a.w. sendiri pernah berdoa:
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima.” - (HR Ibnu Majah, no. 925 – sahih)
Kalau kaya tu tercela, tak mungkin Nabi sendiri berdoa minta rezeki yang baik.
Hakikatnya, kaya dan miskin hanyalah ujian hidup. Yang mulia ialah orang kaya yang bersyukur, dan yang miskin yang sabar.
3. Sakit hati dengan jurang hidup
Bila hidup tengah susah, struggle nak bayar hutang dan bil...
Tiba-tiba nampak orang lain senang: bercuti ke luar negara, beli kereta mewah, duduk rumah besar.
Masa tu, sebut perkataan kekayaan pun boleh trigger rasa sakit hati. Mulut kata, “tak penting pun kaya ni”, tapi jauh di sudut hati, dia pun teringin juga nak kaya.
Hakikatnya, bukan kaya yang salah, tapi penyakit hati – iri hati, dengki, buruk sangka.
Jadi apa patut kita buat?
Kalau tak nak bermusuh dengan kekayaan (malah nak jadi kaya), kena ubah perspektif:
1. Jaga input – naratif yang masuk dalam fikiran
Apa kita baca, dengar, tonton, dan dengan siapa kita berkawan, semua tu membentuk mindset.
Stop naratif negatif, dan feed diri dengan input positif.
👉🏻 Mindset → Tindakan → Hasil (Kehidupan)
2. Fahami perspektif agama yang betul
Kaya bukan dosa, miskin bukan hina.
Allah nilai kita pada syukur (masa senang) dan sabar (masa susah).
Orang kaya yang bersyukur lebih mulia daripada orang miskin yang putus asa.
3. Jadikan kekayaan sebagai inspirasi
Bila hati sakit tengok orang lain senang, itu tanda ada penyakit hati.
👉🏻 Ubatnya: berdoa dan usaha.
Doa minta Allah Yang Maha Kaya limpahkan juga rezeki pada kita. Jadikan kejayaan orang lain sebagai inspirasi untuk kita bekerja lebih gigih – dengan jalan yang halal.
Ingat, cari rezeki halal tu pahala. Belanja harta untuk kebaikan, itu pun pahala.
Malah, ada sahabat Nabi yang “cemburu baik” dengan orang kaya – sebab mereka boleh buat lebih banyak amal dengan harta yang ada.
Peluang masuk Syurga!
Kekayaan bukan musuh kita. Kekayaan hanyalah ujian – sama macam kemiskinan pun ujian.
Kalau kita bermusuh dengan kekayaan, hakikatnya kita tolak peluang besar untuk berbuat lebih banyak amal kebaikan dan jadi hamba Allah yang bersyukur.
Jadi, ubahlah mindset:
👉🏻 Kejar kekayaan yang halal, supaya kita boleh buat lebih banyak kebaikan – bantu keluarga, bantu masyarakat, dan kumpul bekalan akhirat.
👉🏻 Kaya bukan dosa. Kaya adalah amanah dan peluang... Peluang masuk Syurga!
Bila kita nampak kekayaan penuh dengan kemuliaan, barulah hilang rasa bersalah untuk cari dan bina kekayaan sebanyak-banyaknya.
Sebab ia bukan lagi tentang dunia semata-mata, tapi untuk akhirat kita. InsyaAllah...
#KayaItuMuliaBagiSiapaYangBersyukur