Nilai Islam Pada Sebuah Bisnes

by on May 9, 2011

“Salam. En. Zulkifli. Saya ada sedikit masalah/ kekangan. Saya minta maaf banyak2 sebab tak jadi nak beli, tapi saya sangat berpuas hati dengan cara Encik. Kalau ada rezeki lebih lepas ni, mungkin kita boleh berurusan jual beli. Maaf sekali lagi ye. Salam.” – Sufian, 13 Januari 2010
SMS yang saya terima daripada salah seorang bakal customer. Asalnya dia nak beli gold bar 20g hasil dari promosi melalui facebook, tapi tetiba ada masalah, so terpaksa cancel rundingan. Masa tu, kat tangan saya ada sekeping emas yang nak dijual. Dia nak book emas tu, dan offer untuk bayar deposit RM300 pada hari tu juga. Dan janji nak ambik hujung minggu.
 
Bisnes, Bukan Sekadar Duit
Saya tahu, dia benar-benar nak emas tu. Tapi sebab urus niaga emas ni tak boleh bayar ansuran untuk elakkan riba dalam jual beli, saya janji saya akan simpan untuk dia tanpa apa-apa deposit kalau dia boleh komited untuk beli dengan harga yang dijanjikan, samada harga emas naik ataupun turun masa hari penyerahan.
 
Walaupun transaksi ni tak close, tapi saya telah pun dapat untung:
 
(1) Untung dapat educate orang lain pasal riba dalam urusniaga emas.
 
(2) Untung dapat kenalan baru.
 
(3) Untung dapat bina reputasi yang baik dengan customer.
 
Apa yang saya nampak, bisnes akan jadi bosan kalau hanya fikir duit, duit dan duit. Sebab bisnes tak selalunya dapat untung duit. Ada masanya kita ‘rugi’. Ada masanya kita cuma balik modal. Tapi bila keuntungan yang kita cari melangkaui keuntungan duit, insyaAllah kita akan sentiasa happy.
 
Mencari Kepuasan Hidup Melalui Bisnes
 
Dalam bisnes, kami suami isteri nak dapatkan lebih daripada duit. Kepuasan sebenar kami bukannya pada dapat duit, tapi pada memberi manfaat pada orang lain. Dapat tolong, dapat bantu, dapat memudahkan orang lain, itulah sebenar-benarnya kepuasan dalam bisnes.
 
Orang nak dapatkan emas, kami tolong guide cara dapatkan emas dengan mudah. Tak payah susah-susah nak cari panduan macam mana dia boleh buat untung dengan simpan emas, kami akan bantu apa yang termampu.
 
Kepuasan kedua ialah dapat ramai kenalan dan sahabat. Ahh… inilah yang saya rasa kami mesti buat bisnes. Boleh dikatakan tiap-tiap minggu kami dapat kenalan baru. Dan yang penting juga ialah dapat menghidupkan balik persahabatan lama. Pesan Nabi, kalau nak panjang umur (i.e. umur yang bermakna) & dilapangkan rezeki, hubungkanlah silaturrahim… Kami nampak, bisnes adalah salah satu jalan terbaik untuk bersilaturrahim…
 
Menghidupkan Persahabatan Melalui Bisnes
 
Kalau kita sekadar kerja jer, kita tak berapa peduli kawan-kawan lama. Kita cuma berminat pada boss kita saja. Sebab boss yang ‘bagi’ gaji, increament, bonus, dan kenaikan pangkat! Kawan-kawan lama tak ada kena mengena dengan gaji kita.
 
Bila buat bisnes, kita lebih peduli pada kawan-kawan. Kita berminat pada orang lain sebab ia mungkin akan beri kesan pada income kita. Kita akan bina persabatan yang baik dengan ramai orang.
 
Kalau hari-hari kita fikir nak jadi orang yang lebih baik, insyaAllah bisnes boleh jadi medan terbaik untuk perbaiki diri. Kesannya tak payah tunggu Akhirat, dunia lagi pun kita dah ‘terasa’. Kesan ‘dosa pahala’ kita boleh ‘nampak’ dalam bentuk duit…
 
Komen Pada Orang Bisnes
 
Ada juga orang bagi komen pada orang bisnes bunyinya lebih kurang begini; “Selama ni tak cari pun kawan. Tiba-tiba bila jumpa, nak cakap pasal bisnes!”…
 
Ini komen biasa. Dan memang benar komen ni. Orang ramai sakit hati dengan orang bisnes (i.e. orang bisnes yang tak betul-betul ikuti business education) sebab jenis yang suka ambik kesempatan. Persahabatan yang dibina bersifat ‘pura-pura’. Bisnes yang nak ‘mengena’ dan jenis “dapat untung, cabut lari”.
 
Tapi kalau melalui bisnes niat kita menolong, membantu, memudahkan orang lain, insyaAllah tak ada orang yang sakit hati. Bahkan kehadiran kita adalah satu ‘rahmat’ untuk orang lain. Mungkin inilah bisnes cara Nabi…
 
Bisnes Cara Nabi…
 
Bisnes cara Nabi bukanlah bisnes rugi dan lingkup. Sebaliknya, bisnes Nabi lah yang paling untung dan dapat sambutan ramai. Menolong orang melalui bisnes bukan bermaksud bagi barang free. Bukan bermaksud kos RM100, kita jual RM80! Tapi kita boleh bagi “value-add” pada produk atau servis yang kita tawarkan. Dan syariat Tuhan lahir & batin terjaga dalam urusniaga. Customer pun benar-benar berpuas hati.
 
Customer untung sebab dapat produk dengan mudah, dengan kos yang munasabah. Dan mungkin dia untung sebab dapat free consultation daripada kita. Dan lagi best, mungkin dia boleh dapatkan produk tanpa perlu keluar rumah! Free delivery… Wah… pendek kata, setiap sen dibelanjakan, dia rasa sangat berbaloi!
 
Kalau rasa tak berbaloi, “kami pulangkan balik duit anda”!
 
Itulah yang biasanya kami suami bagi jaminan pada customer. Dan inilah Islamic value yang kami belajar dari company “Islam tanpa Muslim”. Dan mungkin inilah salah satu nilai Islam yang tertinggi boleh ditawarkan oleh seorang usahawan muslim. Bahasa bisnesnya ialah “value for money” dan “money-back guarantee, tanpa banyak soal!”…
 
Nilai Islam Pada Sebuah Bisnes
 
Bila nak buat partnership, jadi dealer, jadi ejen, jadi pengedar, kami tak begitu excited dengan nama “syarikat bumiputra”, “syarikat muslim”, “produk orang kita”… tapi yang lebih penting, apakah nilai yang ditawarkan itu seIslamik dengan namanya? Kalau tak, mungkin ada baiknya kita belajar dengan syarikat “Islam tanpa Muslim”! Kerana ‘hikmah’ itu adalah barang milik orang Islam yang tercicir kata Nabi…
 
Untuk sahabat-sahabat yang berbisnes, kami ucapkan selamat beramal soleh melalui bisnes… carilah Akhirat melalui bisnes, mudah-mudahkan Tuhan pakejkan sekali Dunia… Akhirat kita dapat, Dunia tak ketinggalan… insyaAllah…
 
Wallahu a’lam.
 
Zulkifli
Damansara Heights
18 Januari 2010
14 Safar 1432
 
p.s. Berdasarkan sedikit pengalaman saya dalam bisnes, apa yang kita boleh dapat melalui bisnes selain daripada duit: (1) Kepuasan hidup dan umur yang bermakna, (2) Kenalan dan sahabat yang ramai, (3) Peningkatan diri dari sudut penampilan fizikal, kekuatan mental & emosi. (4) Dan banyak lagi… mungkin saya akan kongsikan dalam penulisan-penulisan akan datang.

{ 5 comments… read them below or add one }

1 Naz May 9, 2011 at 5:15 pm

Superb..

Reply

2 ieza October 10, 2013 at 4:06 pm

As salam,
Saya tlah mbuat ksilapan dlm mlm thn 2008 n tpaksa mnanggung beban hutang sebyk rm40k… ada trasa sesal krn x mgukur kmampuan diri … produk masih lg d simpan d rumah , mgumpul habuk…. saya x tau mo wat apa dah … tambah benci bila lihat slip gaji …..

Bleh tak tuan beri pndpt atau nasihat apa yg perlu dlakukan … produk ni produk lampe berger …

:(

Sila email kpd saya, dangieza83@yahoo.com.

Reply

3 Mohd Zulkifli Shafie October 12, 2013 at 10:50 am

Wslm Pn. Ieza,

Memang tak boleh buat apa dengan modal hangus tu. Mungkin itu harga pelajaran dari Tuhan supaya puan dapat elakkan kerugian lebih besar di mana depan. Jangan give-up dengan bisnes. Mulakan bisnes lain yang lebih tulen. Bisnes yang tak perlu modal besar, tak perlu pinjaman, tak perlu ‘cari kepala’ dsb.

Untuk memulakan bisnes semula, mungkin puan boleh ikuti panduan ringkas saya di artikel di bawah:

http://www.mohdzulkifli.com/2013/02/4-langkah-mudah-memulakan-bisnes-sendiri.html

Moga bermanfaat, insyaAllah.

Reply

4 ain November 3, 2015 at 12:34 am

Assalamualaikum…saya suka baca tulisan encik zulkifli tentang bisnes ni… saya pun kerja kerajaan dan mungkin akan melepaskan jawatan ni atas faktor peribadi (ujian rumahtangga). Untuk membela nasib diri dan 2 orang anak yg masih kecil saya rase tertekan…ujian Allah tak ada yang sia-siakan… Saya mmg minat bisnes dan sedang usahakan bisnes yg saya suka secara kecil2an… dalam keadaan terdesak yg blh menyebabkan saya hilang pendapatan (makan gaji) pasti sukar utk saya tempoh…syukur saya masih ada ibubapa yg prihatin utk membela nasib kami…saya akui saya tak boleh mengharap ehsan org dlm (bentuk wang) selamanya dan kekuatan spiritual juga datang dari aura positif dr org bisnes yg berjayakan… saya mohon encik blh bantu saya sedikit sebanyak selok belok cabaran dlm bidang bisnes…inshaaAllah saya juga berminat utk membeli buku Zero Hutang encik sbg panduan saya …terima kasih. Teruskanlah membantu memberi ilmu yg bermanfaat, semoga usaha encik akan dibalas dgn lebih byk kebaikan dr Allah swt.

Reply

5 Mohd Zulkifli Shafie November 4, 2015 at 6:43 am

Wslm Pn. Ain.

Saya doakan Allah berikan kemudahan kepada puan serta anak-anak.

Untuk lebih kuat hadapi cabaran dalam bisnes, antara tipsnya:

1. Mesti ada impian hidup. Senaraikan impian hidup dan baca setiap hari supaya masuk dalam sub-concious mind.

2. Banyak membaca buku-buku bisnes especially buku menceritakan kisah-kisah kejayaan.

3. Bergaul sesama orang bisnes yang mempunyai misi yang sama.

4. Jaga hubungan dengan Allah. Jaga amalan wajib, dan rutinkan amalan sunat.

Mudah-mudahan Allah permudahkan dan usaha diberkati, insyaAllah.

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: