MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Orang Nak Kaya, Bukan Nak Emas

August 1, 2015

[Kemaskini 19 Mac 2026]

Terlalu banyak perkara kalau nak bercakap tentang emas. 

Setiap orang (ataupun institusi), melihat emas dari perspektif berbeza-beza. 

Ada lihat emas pada kecantikannya.  

Ada yang lihat emas pada fungsinya sebagai pelindung nilai kekayaan.  

Ada yang lihat emas sebagai booster kekayaan. 

Tapi bila nak berikan galakan masyarakat menabung emas, saya perkara yang saya sentiasa ingatkan kepada diri saya (dan juga dealer-dealer Public Gold) di bawah bimbingan saya. Iaitu;

👉 Orang beli emas (samada gold bar ataupun dinar) sebab nak kaya, bukan sebab nak emas. 

Jadi bila nak buat promosi dan penerangan, saya sentiasa kaitkan bagaimana emas dapat jadikan penyimpan emas ni lebih kaya. 

Jangan habiskan banyak masa terangkan terangkan CIRI-CIRI, tapi fokus kepada MANFAAT emas itu sendiri.

Antaranya;

#1 – Elak Kebocoran Wang

Duit simpanan lebih bertahan lama bila ditukar kepada emas. Nasfu berbelanja akan berkurangan, sebaliknya ia menyuburkan semangat mengumpul harta. 

#2 – Selamat Dari Inflasi

Emas tahan inflasi. Tak perlu risau tentang kenaikan harga barang dalam jangka panjang.

Ceritakan fakta 1 dinar masih mampu beli seekor kambing sejak 1,400 tahun dahulu hingga sekarang. Ianya berbeza kalau simpan duit kertas. 

#3 – Selamat Dari Bencana Kewangan

Simpanan emas tak terjejas bila berlaku bencana kewangan.

Apa pun berlaku kepada ekonomi dan politik negara, kuasa beli emas tetap bertahan sebab nilai sebenar emas ialah pada berat dan ketulanannya, bukan sepertimana duit kertas. 

#4 – Untung Bila Digunakan

Simpan emas duit tak beku sebab emas tu ada di tangan kita. Kalau perlukan duit untuk rolling, kita boleh pajak emas tu untuk dapatkan pinjaman bercagarkan emas.

Kalau simpan di bank, bank yang rolling duit kita. Kita tak boleh. 

#5 – Untung Berganda Bila Diniagakan

Siapa yang berniaga emas disamping menyimpan emas, kekayaan akan lebih cepat berkembang.

Daripada duit kita beku dalam ASB dan Tabung Haji, lebih baik beli emas dan terus jadi dealer, dan jana pendapatan dengan membantu orang lain menyimpan emas.

Itulah antara point penting bila nak bercerita tentang emas.

Untuk faham point-point yang saya ceritakan di atas, sila baca artikel saya di bawah:

Mudah-mudahan tips ini bermanfaat, insyaAllah.

Zulkifli
Damansara Damai
19 September 2014
24 Zulkaedah 1435H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

  1. Terima kasih Tuan mentor "Tuan Mohd Zulkifli Shafie atas perkongsian ini. Saya mohon untuk menggunakan info ini sebagai isi dalam konten dan post saya.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}