MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Utamakan Sedekah Kepada Mereka Yang Berusaha – Kisah Salesman Kereta

January 19, 2026

“Maaf Puan... Saya baru tahu Puan ambil pakej paling mahal. Boleh ke saya cuma bayar RM500, selebihnya Puan bayar?” 

Itu soalan jujur yang ditanya oleh SA (Sales Advisor) kereta kami. 

Kami baru beli sebuah lagi kereta untuk kegunaan anak-anak

Disebabkan kekangan masa, kami tak sempat nak uruskan sendiri urusan tinted dan coating

Isteri saya minta tolong SA hantar kereta terus ke kedai tinted — sama seperti urusan pembelian kereta kami sebelum ni. 

Siap tinted, minta dia hantar terus ke rumah kami di Cyberjaya. 

Kedai sama.
Pakej sama.
Standard yang sama. 

Bila SA hantar kereta ke kedai tu, dia terkejut bila tengok harga. 

Mungkin pada dia, jumlah tu tak sepadan dengan komisen yang dia terima

More...

Dia sangka kami minta diskaun 

Tak lama lepas tu, dia telefon isteri saya.

Katanya,

“Saya bayar RM500… yang selebihnya Puan bayar ya?”

Isteri saya terkedu sekejap. 

Sebab hakikatnya, kami tak pernah minta diskaun. 

Kami tak minta sponsor. 

Kami cuma minta dia tolong uruskan. 

Kalau dia minta upah sekalipun, kami sanggup bayar. Sebab bagi kami, masa lebih mahal daripada duit (untuk urusan tu). 

Rupa-rupanya, dia sangka kami minta dia tanggung kos tinted dan coating — mungkin sebab ini kereta ke-3 yang kami beli melalui dia. 

Isteri saya gelak kecil. Kesian dekat dia... 

Isteri saya jawab;

“Tak apa. Kami memang akan bayar penuh. Tak perlu sponsor kami.”

Peluang bersedekah, bukan minta diskaun 

Prinsip kami;

Kami tak minta diskaun dengan orang yang berusaha cari rezeki.

Selagi harga tu patut dan adil, saya tak minta diskaun. 

Sebaliknya, itulah ruang untuk kita bersedekah. Beri lebih daripada apa yang sepatutnya. 

Saya belajar satu perkara penting daripada pengalaman terlibat dengan kerja-kerja bantuan satu masa dulu;

Orang yang betul-betul layak dibantu, selalunya mereka tak meminta-minta. Mereka pilih untuk berusaha, walaupun susah. 

Yang meminta-minta pula... kadang-kadang kena lebih berhati-hati.

Saya masih ingat satu keluarga yang kami ziarah untuk beri bantuan. Rumah mereka siap pasang Astro. Anak-anak pula dah besar, menganggur di rumah.

Sedangkan kami yang datang hantar bantuan ni, seorang pun tak pasang Astro di rumah! 

Pengalaman itu mendidik kami. 

Bersedekah kepada yang berusaha

Sejak peristiwa tu, kami lebih cenderung bantu orang yang berusaha. Orang yang sanggup kerja keras macam Grab Driver dan Grab Rider. 

Lebih-lebih lagi bila mereka sanggup kerja sampai malam dan redah hujan. 

Jarang sekali orang macam ni kami tak beri tip lebih daripada caj sepatutnya.

Sebab orang yang benar-benar susah, biasanya memilih untuk berusaha, bukan meminta-minta. 

SA kami hantar kereta ke rumah dengan hadiah biskut sebagai tanda terima kasih atas kepercayaan kami.

Dan dengan servis serta kejujuran yang dia tunjukkan, dialah orang pertama yang kami akan cari
kalau suatu hari nanti kami beli kereta baru lagi. InsyaAllah... 

Allah dan Rasul ajar kita supaya hormati orang yang berusaha dan memuliakan kerja mereka. 

Dari Al-Miqdam, Rasulullah ﷺ bersabda:

Seseorang itu tidak makan makanan yang lebih baik (mulia) daripada hasil kerja tangannya sendiri...

- (Hadis Riwayat Bukhari, no. 2072)

Mudah-mudahan harga dan tip yang kita bayar, bukan sekadar dapat produk atau servis yang kita perlukan. Ianya jadi pahala sedekah bagi kita di sisi Allah... Amiiin....

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
19 Januari 2026
30 Rejab 1447H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 9,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 800,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}